Syaitan Menyesatkan Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم Cara syaitan menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al- Baqarah 2:208, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (208) Bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (patuhilah segala hukum-hakam) , dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.” Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2:168-169, وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (168) إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (169) Bermaksud : “Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyruh kamu berbuat jahat dan keji dan menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui...