Syaitan Menyesatkan Manusia

 


بسم الله الرحمن الرحيم

Cara syaitan menyesatkan manusia.

Firman Allah dalam surah Al- Baqarah  2:208,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (208)
Bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (patuhilah segala hukum-hakam) , dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2:168-169,
وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (168) إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ  (169)
Bermaksud : “Dan janganlah kamu  mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyruh kamu berbuat jahat dan keji dan menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”

Berdasarakan ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia. Kerana sayangnya Allah kepada makhluknya iaitu manusia, Allah memberitahu manusia menerusi surah ini untuk berhati-hati dan jangan mengikut jejak langkah syaitan supaya tidak terpedaya dan terpengaruh dengan ajakan musuh syaitan yang merupakan musuh kepada manusia.

Firman Allah dalam surah Yassin 36:60,
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60)
Bermaksud : “ Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagi kamu.”

Jelas lagi nyata, berdasarkan ayat - ayat tersebut bahawa Allah memberi peringatan bahawa syaitan merupakan musuh manusia dan melarang manusia untuk mengikut akan ajarannya malah menyembahnya. Berdasarkan ayat tersebut juga kita mendapati bahawaterdapat beberapa cara dan langkah-langkah yang akan digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia.

Antara cara syaitan menyesatkan manusia adalah dengan :

1) Menjanjikan dengan angan-angan kosong.

Syaitan akan menggoda manusia dengan janji-janji manis agar dapat menimbulkan angan-angan terhadap apa yang diiinginkan manusia kerana syaitan dapat melihat gerak geri manusia ketika hidup. Firman Allah dalam surah An-Nisa  4:120,
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ إِلَّا غُرُورًا (120)
Maksudnya: “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka dengan janji-janji manis serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semta-mata.”

Berdasarkan ayat tersebut menyatakan bahawa syaitan berjanji bahawa tiada apa yang dijanjikan selain daripada angan-angan kosong dan tipu dayanya  kepada manusia supaya manusia terus sesat dari jalan Allah. 

Terkadang kita menyangka bahawa ada sesuatu yang kita lihat adalah baik namun ianya hanya satu perangkap yang syaitan lakukan untuk menyesatkan kita. Sebagai contoh mereka yang suka dengar muzik-muzik yang mereka menganggapnya menenangkan namun pada hakikatnya membawa kepada angan-angan kosong yang boleh melalaikan mereka dan lirik daripada muzik tersebut boleh membangkitkan syahwat dan melekakan. Ada sebahagian mereka yang tidak malu dalam mendedahkan aurat mereka depan khalayak ramai kerana mereka merasakan mereka cantik berbuat demikian sedangkan itu adalah satu hasutan yang syaitan lakukan bagi menyesatkan manusia. Keseronokan yang dirasakan hanyalah bersifat sementara dan terkadang keseronokan itu hanyalah satu angan-angan kosong yang dijanjikan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia tanpa kita sedari.

2) Keseronokkan dalam melakukan maksiat.

Surah al-baqarah 2:187,
....عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ.... (187) 
Maksudnya, Allah mengetahui bahwasanya kalian tidak dapat menahan nafsu kalian.
Berdasarkan ayat di atas, syaitan mengetahui bahawa Allah mencipta manusia dengan sifat lemah yang tidak mampu untuk mengawal hawa nafsunya. Maka syaitan berjanji bahawasanya akan menyesatkan manusia berdasarkan surah al-baqarah 2:169,
نَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ  (169)
Bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. 

Allah telah memerintahkan manusia untuk tidak menjejaki langkah syaitan kerana syaitan adalah musuh utama manusia yang sering mengajak manusia untuk melakukan perbuatan yang jahat dan keji dari Nabi Adam sehingga hari kiamat dengan pelbagai cara. Syaitan akan menjanjikan pelbagai kemanisan sekiranya kita mengikuti jejak langkahnya tanpa kita sedari kemanisan itu adalah kemanisan yang membawa kita ke lembah maksiat. 

3) Menanamkan rasa takut dalam diri manusia terhadap tentera kebatilan.

Firman Allah dalam surah Ali Imran 3 :175,
إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (175)
Bermaksud, “Sesungguhnya yang demikian itu tak lain adalah syaitan , ia menakut- nakuti kamu dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”

Berdasarkan ayat tersebut jelas menyatakan bahawa Allah berpesan jangan takut terhadap syaitan dan tenteranya tetapi hanya perlu takut pada Allah SWT sahaja. Sebagai seorang mukmin harus yakin bahawa segala ketakutan yang cuba dilakukan oleh syaitan itu hanya untuk menyesatkan manusia supaya tidak taat pada Tuhan dan mempercayai serta yakin terhadap apa yang dikatakan oleh syaitan dan tenteranya. Percayalah bahawa hanya satu tujuan syaitan kepada manusia iaitu ingin menyesatkan manusia dan membawa manusia bersama-sama ke lembah kenerakaan. Yakin dan percayalah kepada Allah.

4) Menakut-nakutkan dengan kefakiran. 

Firman Allah dalam surah al-baqarah 2:268,
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (268) 
Bermaksud,” Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.”

Berdasarkan ayat di atasm jelas syaitan menyatakan akan berjanji untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan dan menyuruh untuk berbuat kejahatan. Syaitan berbisik dengan menyuruh kita untuk tidak menginfakkan harta ke jalan Allah kerana mereka menjanjikan sesiapa yang berinfak akan jatuh kemiskinan malah menyuruh kita melakukan perbuatan yang buruk yang berlanggar dengan syariat islam.. Dengan bisikan tersebut kita akan terpengaruh sehingga kita tidak menginfakkan harta kita. Namun sebagai lawan baginya, Allah berfirman dalam ayat yang sama menyatakan bahawa Allah akan memberi keampunan kepada hambanya dan Allah itu Mahaluas(kurniNya) lagi Maha kaya dan Maha Mengetahui. Yakin dan percaya bahawa Allah akan mengurniakan hikmah disebaliknya, berinfaklah dan keluarkan lah harta untuk jalanNya dari usaha yang baik(halal) nescaya Allah akan gandakan rezeki dan pahala kepada kita.

5) Menghiasi kebatilan yang paling besar yang diperbuat syaitan.

Allah akan datangkan ujian kepada mereka yakni manusia dari pelbagai perasaan takut , gelisah, malapetaka, bencana, kelaparan, kemusnahan dan sebagainya supaya kembali memperingati Allah dan memohon keampunan kepadaNya atas segala kesalahan dan kemungkaran yang pernah dilakukan. Namun, hanya segelintir sahaja yang memahami serta menginsafi segala perbuatan buruknya terdahulu kini dibalas dengan segala ujian yang Allah turunkan kepadanya supaya bertaubat dan mohon maaf kepadaNya. Bahkan ada segelintir mereka terus-terusan melakukan perkara mungkar kerana hati mereka yang keras untuk kembali kepada Allah. Malah syaitan akan sedaya untuk menyesatkan mereka dengan mengatakan kepada mereka bahawa segala perbuatan jahat yang mereka lakukan akan mendapat nama dan dipandang hebat.

Firman Allah dalam surah Al-Anam 6:42-43,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَٰهُم بِٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ  (142)  فَلَوْلَآ إِذْ جَآءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا۟ وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ   (143) 
Maksudnya, “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang sebelum kamu kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri.” Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika dating azab Kami kepada mereka bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu merelka kerjakan”. 

Rujukan.
Abdul Hamid Bilali, 1998. Membongkar Rahsia Bisikan Syaitan & Cara Mengusirnya.
Dr. Abdullah Al-Kathir, 2006. Pintu-Pintu Syaitan Menggoda Orang-Orang Soleh..
Al-Imam Ibrahim bin Muhammad bin Muflih Al-Maqadisi Al-Hambali, 2001. Musibah Manusia Akibat Tipu Daya Syaitan.

wallahua'lam


Comments