NGO RSY
YADIM
YADIM ialah
sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin
Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25
Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO
agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin
ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.
YADIM ialah
sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance
1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri.
Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu
Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa
orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj.
Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri),
YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki
bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj.
Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir,
YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), YB Senator
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, YBhg. Dr Yusri Mohamad dan YBhg. Ustaz
Nik Omar Nik Abdul Aziz.
YADIM kini
diterajui oleh Y.Bhg Ustaz Nasrudin Hassan.
RAKAN SISWA
YADIM NEGERI SEMBILAN (RSYNS)
* Merupakan
persatuan dibawah seliaan YADIM bagi cawangan Negeri Sembilan.
* Mempunyai
organisasi sendiri yang bergerak mengikut perancangan aktivti serta program
yang ditetapkan selari dengan objektif YADIM
* Menggerakkan
banyak aktiviti dakwah yang melibatkan pelbagai lapisan umur dan kelompok.
Comments
Post a Comment