Berlapang Dada
بسم الله الرحمن الرحيم
BERLAPANG DADA
Setiap yang berlaku dalam diri kita bukanlah satu masalah tetapi adalah satu ujian, cabaran mahupun peluang untuk kita memperbaiki segala kesilapan diri. Berlapang dada dengan setiap yang berlaku adalah satu tindakan yang akan membawa aura positif dalam diri supaya sentiasa bersangka baik dengan segala ujian yang datang.
Sebagai seorang manusia tidak lari daripada menerima ujian dari Allah, namun apa tindakan kita bagi memastikan diri sentiasa positif untuk menerimanya. Muslim yang baik adalah melihat kepada apa yang kita dapat daripada ujian tersebut bukannya menyangka buruk atas apa yang berlaku.
Allah ada menyatakan bahawa bertaqwalah maka akan hadirlah jalan keluar bagi memudahkan segala urusan walaupun kita merasa ujian itu susah dan berat bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu.
wallahu'alam
Comments
Post a Comment