Dakwah For You
Dalam hidup kita di beri
pilihan untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin atau sebaliknya.
Firman Allah:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Maksudnya:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu
menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”
(Al-Quran, Surah Ali-Imran 3:110)
Berdasarkan
ayat tersebut, Allah menerangkan bahawa manusia ini diciptakan dengan
sebaik-baik manusia. Tugas seorang manusia di muka bumi ini adalah bagi menjadi
seorang hamba yang mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala
laranganya. Larangan yang diperintahkan adalah bagi mendidik manusia untuk
menjadi seorang yang mulia dan taat akan perintahnya kerana setiap perkara yang
dilarang mempunyai asbab yang tertentu.
. Hadis
yang diriwayatkan oleh AbdurRazzaq:
عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ قاَلَ : ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ
بِهِنَّ حَلاَوَةَ اْلِايْمَانِ :اَلاْنِفْاَقُ مِنَ اُلاِقْتَارِ ، وَإِنْصَافُ
النَّاسِ مِنْ نَفْسِكَ ، وَبذْلُ السَّلاَمِ لِلْعَالَمِ
(رواه عبد الرزاق علقه البخاري في كتاب الايمان)
Maksudnya:
Amar bin Yasir berkata, Ada tiga hal yang barangsiapa ada dalam dirinya,
akan merasakan manisnya iman (iaitu) berinfaq daripada bersifat kikir, bersikap
adil terhadap manusia daripada dirinya, dan mengusahakan keselamatan
(kesejahteraan) untuk alam.
(Diriwayatkan oleh AbdurRazzaq. Al-Bukhari mencantumkannya di kitab
Al-Iman).
Berdasarkan
hadis diatas, di jelakan bahawa terdapat tiga perkara yang dilakukan akan
mendapatkan kemanisan iman dan perkara yang kedua iaitu menyebarkan keamanan
dan kesejahteraan dengan memperjuangkan sesuatu untuk kebaikan manusia. Dakwah
dalah satu perkara yang perlu di perjuangkan supaya manusia mendapat manfaat
daripadanya untuk memastikan manusia hidup dengan landasan keimanan yang betul
kepada Allah.
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment