Qurantime Sharing
بسم الله الرحمن الرحيم
Allah SWT berfirman:
يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِنْ جَآءَكُمْ فَا سِقٌ بِۢنَبَاٍ فَتَبَيَّنُوْۤا اَنْ تُصِيْبُوْا قَوْمًا بِۢجَهَا لَةٍ فَتُصْبِحُوْا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِيْنَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 6)
Isu hari ni, terlalu ramai mansyarakat yang suka menyebarkan berita-berita yang tidak pasti. Sikap segelintir masyarakat yang terlalu menginginkan populariti sanggup menyebarkan sesuatu yang dianggap pelik daripada kebiasaan kepada orang lain. Kecanggihan teknologi kini sering disalah guna untuk menyebarkan maklumat terutama maklumat yang kurang sahih. Tabayyun adalah satu metod yang paling utama dalam kalangan masyarakat ketika hendak menyebarkan atau memberi tahu tentang sesuatu perkara. Allah memerintahkan kita supaya selidik bagi mendapatkan kepastian dan kebenaran tentang sesuatu perkara sebelum di sampaikan kepada seseorang. Tujuan tabbayun adalah bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini seperti permusuhan dan pergaduhan. Islam sangat menitik beratkan hal ini dan sangat menggalakkan kita untuk periksa terlebih dahulu berita sebelum kita sebarkannya.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment