Zakat

 


بسم الله الرحمن الرحيم

Hikmah Disyariatkan Zakat

1) Pengurusannya mampu memperbaik kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah satu tubuh.

2) Dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil.

3) Benteng keamanan dalam sistem ekonomi Islam dan jaminan ke arah kestabilan dan kesinambungannya. 


"Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Adapun orang yang enggan membayar zakat tetapi masih tetap mengakui kewajipannya, maka dia berdosa kerana tindakannya itu. Walau bagaimanapun dia tidaklah sampai terkeluar dari agama Islam. Oleh yang demikian, pemerintah wajib mengambil zakat hartanya secara paksa sekaligus menjatuhkan hukuman takzir" 

wallahua'alam

Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Allah

Syaitan Menyesatkan Manusia

Surah As-Saff 10-11