Riba Bermaharajalela

بسم الله الرحمن الرحيم

TAJUK: "Riba' Bermaharajalela"

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a. daripada Nabi SAW, bangida bersabda:

بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ يَظْهَرُ الرِّبَا

Maksudnya: " Menjelang datangnya hari Kiamat akan bermaharajalela riba'.

Berdasarkan hadis tersebut, tanda kiamat semakin dekat apabila munculnya riba secara bermaharajalela di tengah-tengah masyarakat dan mereka tidak mengambil berat tentang makanan yang haram. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَيُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا اَخَذَ الْمَالَ مِن

حَلاَلٍ اَمْ مِنْ حَرَامٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya akan datang pada manusia suatu zaman yang pada waktu itu orang tidak mempedulikan lagi harta yang diperolehinya apakah dari jalan halal atau dari jalan haram."

Kandungan hadis menyatakan bahawa zaman yang datangnya waktu orang yang tidak mempedulikan segalanya tentang haram dan halal adalah zaman kini. Ini terbukti apabila kini telah banyak berlakunya riba dan berleluasa tidak kira pangkat mahupun kedudukan. 

Berleluasanya riba ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada umat Islam khususnya kerana berlakunya banyak permasalahan, antaranya ialah:

  1. Sikap tamak semakin tinggi dalam diri.
  2. Ekonomi masyarakat ditindas berikutan mereka yang kurang menyerlah terutama golongan bawahan.
  3. Sistem kewangan semakin mundur.
  4. Ekonomi di monopoli golongan kaya terutama yang mengamalkan riba kerana mereka merasakan diri berkuasa.
wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Allah

Syaitan Menyesatkan Manusia

Surah As-Saff 10-11