Hasad Dengki? - Inforgrafik
TAJUK: "Ukhwah Terlerai Dengan Hasad Dengki".
Menunjukkan harta dan kebahagiaan bukanlah satu perkara yang di
larang kerana pada asasnya hanyalah untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan
Allah kepada kita semua. Sejak akhir ini, sikap menunjuk-nunjuk semakin menjadi
budaya dalam kalangan masyarakat. Teknologi yang canggih semakin di angkat
sehingga di salah guna. Namun, tanpa disedari dengan kelekaan itu telah
mewujudkan hasad dengki dan memusnahkan hubungan dalam kalangan masyarakat.
Manusia yang mempunyai hasad dengki
ini akan terlalu taksub untuk memiliki segala yang dipamerkan sehingga sanggup
melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Manusia yang telah dikaburi dengan
hasad dengki ini akan tetap merasa tidak senang sehingga hatinya tenang. Kurangnya
ilmu agama adalah antara faktor mereka sanggup melakukan perkara diluar syariat
Islam seperti sihir, santau dan seangkatan dengannya. Ketaksuban ini akan
membawa kepada kemusnahan hati dan sikap hasad dengki akan menguasai diri.
Segelintir masyarakat akan terus
mempersoalkan tentang ketentuan dan kehendak Allah dalam kehidupan mereka
kerana sifat dengki yang ada dalam diri mereka. Ini akan memberi kesan yang
sangat banyak dalam diri manusia kerana kurangnya keyakinan terhadap Allah.
Manusia akan saling menyalahi diri dan takdir berikutan kehidupan mereka yang
tidak sama seperti orang lain.
Hasad dengki akan membawa kepada
kemusnahan masyarakat. Mereka akan saling berlumba-lumba untuk mencari dan
memiliki harta yang banyak berikutan kehendak hati yang ingin lebih daripada
orang lain. Keadaan ini merupakan satu perkara yang tidak sihat dan akan
menjadikan satu ikutan untuk generasi yang akan datang jika tidak di atasi. Hasad
dengki akan memusnahkan segala kebaikan masyarakat.
Untuk memastikan kelekaan dalam
menunjukkan segala harta dan kebahagian yang ada, masyarakat perlu memastikan
sikap syukur sentiasa menjadi panduan hidup. Ini kerana syukur dengan hati yang
ikhlas akan menghakis sikap dengki dalam diri dan secara tidak lansung mendidik
diri untuk sentiasa rendah diri dan tidak membandingkan rezeki yang kita miliki
dengan orang lain.
Kesimpulannya, hasad dengki yang
bermain di hati akan tetap utuh terpahat sekiranya manusia tidak memandang
hikmah di sebalik setiap takdir hidup mereka. Kehidupan yang bermakna adalah
kehidupan yang di penuhi dengan kebaikan di sebalik kebahagian.
Comments
Post a Comment