Posts

ISU PENCERAIAN! CAKNA!

Image
  KES PENCERAIAN SEMAKIN MENJADI PERHATIAN. Penceraian bukan satu perbuatan yang haram dalam Islam. Kes ini berlaku di sebabkan persefahaman yang tidak menemukan jalan keluar untuk terus bersama dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Isu penceraian akan berlaku sekiranya kedua pihak menjadikan titik perpisahan sebagai pengakhiran dalam sebuah hubungan. Namun, dunia semakin parah apabila kes sebegini hanya di ambil ringan tanpa menghiraukan akibat dan kesan di kemudian hari.  Satu kisah dan pengalaman sepanjang intern di pejabat agama. Kes bermula apabila pasangan yang ingin hadir ke pejabat atas urusan untuk rujuk. Namun permasalahan lain timbul apabila keinginan untuk rujuk semula tidak boleh di jalankan berikutan beberapa perkara yang mereka tidak lakukan ketika cerai di lafazkan si suami. 1) Penceraian berlaku di luar mahkamah. 2) Lafaz cerai tidak di sahkan di mahkamah. 3) Surat perintah mahkamah menyatakan lafaz penceraian sah tidak ada. 4) Sijil nikah tidak di bubarka...

Al-Baqarah 201

Image
(surah al baqarah 2:201) رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Dan di antara mereka ada yang berdoa, "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Tanpa sedar, doa yang sering dibaca, di dengar dan di amalkan ini memberi makna yang cukup besar dalam kehidupan manusia. Ibn Kasir  dalam Tafsirnya menjelaskan bahwa makna kebaikan di ‎akhirat pada ayat di atas adalah diselamatkan dari siksa dan penderitaan di ‎alam kubur, dimudahkan pada saaat perhitungan (hisab), rasa aman pada ‎saat pengadilan di padang mahsyar, dan yang tertinggi adalah masuk surga ‎dan mendapat ridla Allah Swt.‎ Dalam kehidupan, kita di beri pilihan untuk memilih jalan yang baik dalam meneruskan kehidupan atau memilih sebaliknya. Pilihlah dan lakukanlah kebaikan yang baik di dunia mahupun kebaikan yang boleh membantu kita di akhirat. Teruskan memohon doa bagi memastikan segala kebaikan yang dil...

Syaitan Menyesatkan Manusia

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم Cara syaitan menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al- Baqarah  2:208, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (208) Bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya (patuhilah segala hukum-hakam) , dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.” Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2:168-169, وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (168) إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ  (169) Bermaksud : “Dan janganlah kamu  mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyruh kamu berbuat jahat dan keji dan menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui...

Perancangan Allah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Allah tidak melarang untuk merancangan. Tetapi perancangan yang terbaik adalah DIA. Tonton video untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci. waallahu'alam

Ujian Penuh HIKMAH

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم Beribu hikmah dalam ujian. Ujian bukan hanya dalam bentuk kebahagiaan tetapi jugak dalam bentuk kebahagiaan dan kemewahan. Allah SWT berfirman: لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاۗ "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Baqarah 2:286) Tonton video untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci. waallahu'alam

Zakat

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم Hikmah Disyariatkan Zakat 1) Pengurusannya mampu memperbaik kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah satu tubuh. 2) Dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil. 3) Benteng keamanan dalam sistem ekonomi Islam dan jaminan ke arah kestabilan dan kesinambungannya.  "Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Adapun orang yang enggan membayar zakat tetapi masih tetap mengakui kewajipannya, maka dia berdosa kerana tindakannya itu. Walau bagaimanapun dia tidaklah sampai terkeluar dari agama Islam. Oleh yang demikian, pemerintah wajib mengambil zakat hartanya secara paksa sekaligus menjatuhkan hukuman takzir"  wallahua'alam

Berlapang Dada

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم BERLAPANG DADA Setiap yang berlaku dalam diri kita bukanlah satu masalah tetapi adalah satu ujian, cabaran mahupun peluang untuk kita memperbaiki segala kesilapan diri. Berlapang dada dengan setiap yang berlaku adalah satu tindakan yang akan membawa aura positif dalam diri supaya sentiasa bersangka baik dengan segala ujian yang datang.  Sebagai seorang manusia tidak lari daripada menerima ujian dari Allah, namun apa tindakan kita bagi memastikan diri sentiasa positif untuk menerimanya. Muslim yang baik adalah melihat kepada apa yang kita dapat daripada ujian tersebut bukannya menyangka buruk atas apa yang berlaku. Allah ada menyatakan bahawa bertaqwalah maka akan hadirlah jalan keluar bagi memudahkan segala urusan walaupun kita merasa ujian itu susah dan berat bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu.  wallahu'alam