ISU PENCERAIAN! CAKNA!
KES PENCERAIAN SEMAKIN MENJADI PERHATIAN.
Penceraian bukan satu perbuatan yang haram dalam Islam. Kes ini berlaku di sebabkan persefahaman yang tidak menemukan jalan keluar untuk terus bersama dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Isu penceraian akan berlaku sekiranya kedua pihak menjadikan titik perpisahan sebagai pengakhiran dalam sebuah hubungan. Namun, dunia semakin parah apabila kes sebegini hanya di ambil ringan tanpa menghiraukan akibat dan kesan di kemudian hari.
Satu kisah dan pengalaman sepanjang intern di pejabat agama.
Kes bermula apabila pasangan yang ingin hadir ke pejabat atas urusan untuk rujuk. Namun permasalahan lain timbul apabila keinginan untuk rujuk semula tidak boleh di jalankan berikutan beberapa perkara yang mereka tidak lakukan ketika cerai di lafazkan si suami.
1) Penceraian berlaku di luar mahkamah.
2) Lafaz cerai tidak di sahkan di mahkamah.
3) Surat perintah mahkamah menyatakan lafaz penceraian sah tidak ada.
4) Sijil nikah tidak di bubarkan sekiranya sah bercerai.
5) Sijil cerai tidak di daftarkan sekiranya sah bercerai.
Urusan RUJUK mudah sekiranya segala permasalahan telah di selesaikan. Perceraian nampak mudah dengan hanya melafazkan. Namun, ramai masyarakat yang lupa dan ambil ringan tentang syariat Islam yang telah di tetapkan.
RUGI bagi manusia yang hanya mengendahkan hal yang telah di tetapkan oleh Islam. Ilmu tidak dicari malah apabila berlaku hal sedemikian pihak lain di persalahkan.
FIRMAN ALLAH SWT:
يُّؤْتِى الْحِكْمَةَ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚ وَمَنْ يُّؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ اُوْتِيَ خَيْرًا كَثِيْرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ اِلَّآ اُولُوا الْاَلْبَابِ
269. Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat.
albaqarah 2:269
wallahua'lam.
Comments
Post a Comment